Wakil Phoebe Yeh dan rakan-rakan sekerja dari Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para hadirin dalam Upacara Menaikkan Bendera Sempena Tahun Baharu 2024 dan Pesta Sekolah Chinese Taipei Kuala Lumpur! Acara tersebut telah dijalankan pada 1 Januari 2024, dikendalikan oleh Pengerusi sekolah, En. Lin Young Chang, dan Pengetua, Pn. Cheng Ya Fen.
Dalam ucapan beliau, Wakil Yeh menegaskan bahawa Taiwan sentiasa bertindak balas terhadap pelbagai cabaran secara rasional dan menunjukkan tahap daya tahan yang tinggi apabila menghadapi ketidaktentuan pemulihan ekonomi global selepas pandemik dan perubahan dramatik dalam situasi antarabangsa. Hal ini telah menunjukkan peranan penting Taiwan dalam keselamatan serantau dan keamanan dan kestabilan global. Wakil Yeh juga menekankan bahawa Malaysia merupakan rakan rapat Taiwan dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, kebudayaan, dan kesihatan. Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada Sekolah Chinese Taipei Kuala Lumpur atas sumbangan mempromosikan pendidikan Taiwan berkualiti tinggi di luar negara.
Para tetamu termasuk En. Lin Young Chang, Pn. Cheng Ya Fen, Lembaga Pengelola Sekolah Chinese Taipei, Cik Luo Xin Yi, pengerusi Persatuan Ibu Bapa Sekolah Chinese Taipei, En. Lin Kai Min, pengerusi Taiwan Chamber of Commerce and Industry in Malaysia, serta wakil-wakil daripada Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia, Global Federation of Chinese Business Women Kuala Lumpur Chapter, dan Formosa Women Organisation of Malaysia.
Wakil Phoebe Yeh Menghadiri Upacara Menaikkan Bendera Sempena Tahun Baharu 2024 dan Pesta Sekolah Chinese Taipei Kuala Lumpur
Upacara Menaikkan Bendera Sempena Tahun Baharu 2024 dan Pesta Sekolah Chinese Taipei Kuala Lumpur
Upacara Menaikkan Bendera Sempena Tahun Baharu 2024 dan Pesta Sekolah Chinese Taipei Kuala Lumpur
Upacara Menaikkan Bendera Sempena Tahun Baharu 2024 dan Pesta Sekolah Chinese Taipei Kuala Lumpur
Para tetamu, ibu bapa dan pelajar-pelajar turut menyertai pesta sekolah yang diadakan selepas Upacara Menaikkan Bendera