此網頁需要支援 JavaScript 才能正確運行,請先至你的瀏覽器設定中開啟 JavaScript。

This webpage requires JavaScript to function properly. Please enable JavaScript in your browser settings.

Cette page web nécessite JavaScript pour fonctionner correctement. Veuillez activer JavaScript dans les paramètres de votre navigateur.

Esta página web requiere JavaScript para funcionar correctamente. Por favor, habilite JavaScript en la configuración de su navegador.

Diese Webseite benötigt JavaScript, um ordnungsgemäß zu funktionieren. Bitte aktivieren Sie JavaScript in Ihren Browser-Einstellungen.

Для корректной работы этой веб-страницы требуется поддержка JavaScript. Пожалуйста, включите JavaScript в настройках вашего браузера.

このウェブページを正常に動作するにはJavaScriptが必要です。ブラウザの設定でJavaScriptを有効にしてください。

이 웹 페이지는 올바르게 작동하려면 JavaScript가 필요합니다. 브라우저 설정에서 JavaScript를 활성화하십시오.

Tato webová stránka vyžaduje pro svůj správný chod podporu JavaScriptu. Prosím, povolte JavaScript v nastavení vašeho prohlížeče.

Ez a weboldal a megfelelő működéshez JavaScript támogatásra szorul. Kérjük, engedélyezze a JavaScript használatát a böngészőjében.

Questa pagina web richiede JavaScript per funzionare correttamente. Si prega di abilitare JavaScript nelle impostazioni del browser.

Šī tīmekļa lapa darbībai ir vajadzīgs JavaScript atbalsts. Lūdzu, ieslēdziet JavaScript savā pārlūkprogrammas iestatījumos.

Esta página da web requer JavaScript para funcionar corretamente. Por favor, ative o JavaScript nas configurações do seu navegador.

Deze webpagina vereist JavaScript om correct te functioneren. Schakel JavaScript in uw browserinstellingen in.

Ta strona wymaga obsługi JavaScript, aby działać prawidłowo. Proszę włączyć obsługę JavaScript w ustawieniach przeglądarki.

Laman web ini memerlukan JavaScript untuk berfungsi dengan betul. Sila aktifkan JavaScript dalam tetapan pelayar anda.

Halaman web ini memerlukan JavaScript untuk berfungsi dengan baik. Harap aktifkan JavaScript di pengaturan browser Anda.

เว็บไซต์นี้ต้องการ JavaScript เพื่อทำงานอย่างถูกต้อง โปรดเปิด JavaScript ในการตั้งค่าบราวเซอร์ของคุณ

Bu web sayfasının düzgün çalışması için JavaScript gereklidir. Lütfen tarayıcı ayarlarınızda JavaScript'i etkinleştirin.

Trang web này yêu cầu JavaScript để hoạt động đúng. Vui lòng kích hoạt JavaScript trong cài đặt trình duyệt của bạn.

Эн вэб хуудас нь зөв ажиллахын тулд JavaScript дэмжлэг авах шаардлагатай. Таны броузерын тохиргоонд JavaScript-ийг идэвхжүүлнэ үү.

ဒီဝန်ဆောင်မှုစာမျက်နှာကိုမှားယွင်းရန် JavaScript ကိုလိုအပ်ပါ။ သင့်ရဲ့ဘောဒီကိုပြင်ဆင်ရန် JavaScript ကိုဖွင့်ပါ။

ບໍ່ສາມາດເຮັດວຽກເວັບໄຊນີ້ໄດ້ຖ້າບໍ່ມີການສະຫລັບ JavaScript. ກະລຸນາໃຊ້ການຕັ້ງຄ່າຂອງເວັບໄຊໃຫ້ເປີດ JavaScript ກ່ອນ.

ទំព័រវេបសាយនេះត្រូវការ JavaScript ដើម្បីដំណើរការប្រើប្រាស់បានល្អ។ សូមបើក JavaScript នៅក្នុងការកំណត់របស់អ្នកក្នុងក

  Hubungan Dua Hala Republik China (Taiwan) deng... - 駐馬來西亞台北經濟文化辦事處 Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
Hot News
:::
:::

Hubungan Dua Hala Republik China (Taiwan) dengan Malaysia

1.Sejarah Penubuhan Pejabat Perwakilan

Pejabat Perwakilan Taiwan di Malaysia
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan bermula pada tahun 1960 dengan pembukaan Pejabat Konsulat Taiwan di Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan menaik taraf Pejabat Konsulat Taiwan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Taiwan pada tahun 1969. Namun, apabila hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan ditamatkan pada 31 Mei 1974 Konsulat Jeneral Taiwan di Kuala Lumpur ditutup dan dinamakan semula sebagai Fareast Trading & Tourism Center Sdn Bhd pada Ogos 1974.

Malaysia bersetuju Fareast Trading & Tourism Center Sdn Bhd dinaik taraf dan ditukar kepada Taipei Economic and Cultural Centre in Malaysia untuk mewakili status organisasi Kerajaan Taiwan pada tahun 1988. Kemudian, pada 13 Julai 1992 Kerajaan Malaysia bersetuju menaik taraf nama Taipei Economic and Cultural Centre in Malaysia kepada Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia.

Pejabat Perwakilan Malaysia di Taiwan
Apabila hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan berakhir pada tahun 1974, Pejabat Konsulat Malaysia di Taipei kemudiannya telah ditutup. Seterusnya, entiti Malaysia di Taiwan hanya diwakili oleh Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun 1979. Pada Oktober1983, Pejabat Perdagangan Malaysia telah diwujudkan dan selepas itu ditukar kepada Friendship and Trade Exchange Centre (FTEC). Jabatan Imigresen pula menyertai FTEC pada tahun 1985.

Pejabat FTEC diperluaskan dengan pewujudan Bahagian Ekonomi pada Mac 1987 dan nama FTEC ditukar kepada Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei (Malaysian Friendship and Trade Centre, MFTC). Selepas itu, Bahagian Pelaburan (MIDA) telah diwujudkan pada Mei 1988, dan diikuti oleh Bahagian Pelancongan pada tahun 1989.

Walaupun Malaysia dan Taiwan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, namun kedua-dua pihak telah menjalin kerjasama yang signifikan dalam bidang perdagangan, perlaburan, sosial dan kebudayaan.

2. Perhubungan Ekonomi dan Pelaburan

(1)Perhubungan Ekonomi dan Perdagagan

Mengikut maklumat statistic Kastam Taiwan, perdagangan dua-hala antara Malaysia dan Taiwan untuk tahun 2015 adalah USD13.68 billion, di mana ekspot dari Taiwan ke Malaysia ialah USD7.13 billion, manakala impot dari Malaysia ke Taiwan ialah USD6.54 billion. Primary produk ekspot dari Taiwan ke Malaysia adalah motor dan equipment, gas asli, minyak mineral dan penyulingan produk, Jentera dan bahagian mekanikal, produk besi dan keluli, plastik dan produknya, produk kimia dan produk optikal. Pengimportan Taiwan adalah gas asli, motor dan equipment, produk optikal, Jentera dan bahagian mekanikal, kayu dan produk kayu, produk kimia, plastik dan produknya. Taiwan adalah rakan perdagangan keenam besar,juga sumber bekalan keenam besar dan pasaran ekspot keduabelas besar, bagi Malaysia untuk tahun 2015.

(2) Perhubungan Pelaburan

Pelaburan Taiwan di Malaysia untuk tahun 2015 adalah USD297.32 juta, berbanding dengan tahun 2014, tumbuh 84.25%, menduduki tangga ke tujuh pelabur asing. Setakat 2015, pelaburan terkumpul Taiwan di Malaysia adalah USD12.11 billion di belakang Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, menduduki tangga ke empat besar di Malaysia. Primary sector pelaburan dari Taiwan ke Malaysia ialah produk logam asas, produk eletrik dan elektronik, jentera dan bahagian mekanikal, produk galian bukan logam, produk petrokimia, pembuatan makanan, pengeluaran kayu, perabut, kimia dan produk kimia, foundry logam, saintifik dan alat pengukur, produk getah, produk plastik, kelengkapan pengangkutan, pembuatan kertas, percetakan dan penerbitan.

(3) Pelaburan

Taiwan dan Malaysia menandatangani “Perjanjian Promosi Pelaburan dan Perlindungan antara Taiwan dan Malaysia”pada 18 haribulan Februari, 1993, di mana pelaburan dari Taiwan ke Malaysia telah diperuntukan.

(4) Cukai

“Perjanjian Pengelakan cukai dua kali dan pencegahan cukai pelarian fizikal antara Taiwan dan Malaysia”telahpun ditandatangani pada 23 haribulan July, 1996. Taiwan mendapatkan keizinan rujukan daripada Executive Yuan pada 29 haribulan Januari, 1997. Pihak Kerajaan Malaysia merasmikan pengumuman dan mengazetkan dengan berkuat kuasa pada bulan Februari, 1999.

3. Perhungan Pelancongan

Berdasarkan statistik penghijrahan, pada tahun 2019, jumlah pelancong Malaysia yang mengunjungi Taiwan ialah 537,692 orang. Manakala, pelancong Taiwan yang melancong ke Malaysia pula berjumlah 382,916 orang. Untuk tahun 2020 bulan Januari sehingga Mei mencapai 68,215 orang pelancong Malaysia ke Taiwan; Manakala jumlah pelancong Taiwan ke Malaysia pada tahun ini untuk bulan Januari ke Mac ialah 59,750 orang .

Taiwan melaksanakan pemberian 14 hari bebas visa percuma kepada pelancong Malaysia sejak Nov tahun 2002; Pada 1 May 2003 tempoh visa percuma dilanjutkan sehingga 30 hari kepada pelancong Malaysia. Kerajaan Malaysia memberi Taiwan membenarkan pelancong Malaysia menggunakan visa ketibaan selama 14 hari sejak Nov tahun 2003; Pada 1 Sep 2006, tempoh visa ketibaan dilanjutkan sehingga 30 hari untuk pelancong Malaysia. Di samping itu, pada 15 Mar 2009 kerajaan Malaysia telah membatalkan pemberian visa percuma kepada pelancong Taiwan. Pada 18 Mar 2011 kerajaan Malaysia membenarkan pelancong Taiwan menikmati tempoh visa 15 hari di Malaysia. Sejak 15 September 2015 pelancong Taiwan dapat menikmati tempoh visa selama 30 hari di Malaysia.

Berdasarkan maklumat di atas telah menunjukkan kerjasama antara Malaysia dan Taiwan dalam hubungan antara kedua-dua negara mempromosikan pelancongan.