Program Biasiswa HES
2025 Huayu Enrichment Scholarship
Program Biasiswa HES (Huayu Enrichment Scholarship) yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar warganegara Malaysia untuk Mempelajari Bahasa Mandarin di Taiwan demi memahami budaya dan masyarakat Taiwan dan mempromosikan interaksi dan pemahaman bersama antara Taiwan dengan masyarakat antarabangsa.
Program Biasiswa ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untk mengikuti kursus jangka pendek Bahasa Mandarin di Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin yang ditubuhkan di universiti-universiti Taiwan.
Sila merujuk “2025 Huayu Enrichment Scholarship Application Guideline” (Lampiran 1) untuk garis panduan dan cara memohon Biasiswa HES.
- Tempoh Permohonan: 1 Februari 2025 sehingga 30 April 2025.
- Dana Biasiswa : Stipend bulanan tetap sebanyak 25,000 NTD.
- Tempoh Penerimaan Biasiswa: 3 bulan atau 6 bulan (Tempoh biasiswa Tahun 2025 adalah dari September 2025 hingga 31 Ogos 2026.)
- Syarat Am: (Untuk Kelayakan pemohon yang lengkap, sila rujuk kepada Lampiran) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang memiliki sekurang kurangnya peringkat Sijil Pra-Universiti seperti STPM, Diploma, A-Level, Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setaraf, dengan rekod akademik yang cemerlang, dan berakhlak mulia.
- Cara Memohon: Permohonan dibuka secara dalam talian dari 1 Februari 2025 sehingga 30 April 2025. Sila memohon melalui https://taiwanscholarship.moe.gov.tw/Apply, pilih Konsulat Taiwan ‘Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia:Malaysia’ dan kewarganegaraan 「Malaysia」. Kemudian, pilih「Huayu Enrichment Scholarship」dan klik pada 「Add」untuk melengkapkan semua data permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan. Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon dikehendaki mencetak dan Page 1 of 3 Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia mengepos dokumen sokongan (hardcopy) kepada Taipei Economic and Cultural Office.
- Alamat Surat-menyurat :
Education Division, Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
(Huayu Enrichment Scholarship )
Level 7, Menara Yayasan Tun Razak,
200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2162-3228 / 03-2161-4439 ext 184 / 185
- Dokumen Permohonan:
- Borang pemohonan yang dicetak daripada sistem permohonan dalam talian
- Satu salinan pasport pemohon.
- Salinan sijil akademik tertinggi dan transkrip akademik yang berkaitan.
- Salinan slip permohonan kemasukan kepada Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin (Mandarin Language Center) (contohnya, salinan kiriman wang yuran permohonan, borang permohonan, dan notis atau e-mel daripada universiti/kolej yang mengakui penerimaan permohonan .)
- Affidavit / Terms of Agreement yang ditandatangani
- Dokumen sokongan yang diperlukan oleh Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (sekiranya ada).
- Penerima hendaklah belajar di Pusat Bahasa Mandarin berdaftar yang diluluskan oleh KPM Taiwan.
- Penerima hendaklah memohon kemasukan kepada Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin. Setelah berjaya memperoleh tawaran, penerima hendaklah menghantar salinan surat tawaran(Admision letter)ke Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia sebelum 30 Jun untuk pengesahan.
- Perkara yang tidak dinyatakan di sini akan dikendalikan mengikut " Taiwan Scholarship Program Guidelines" yang dipaparkan di laman web Taiwan Scholarship And Huayu Enrichment Scholarship Office.
Lampiran 1: MOE Huayu Enrichment Scholarship Application Guidelines
Program Biasiswa HES 2025 Huayu Enrichment Scholarship