Program Biasiswa MOE Taiwan
2024 Ministry of Education Taiwan Scholarship
Program Biasiswa MOE Taiwan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar warganegara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan.
Program Biasiswa ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untk mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah bermula dari September 2024:
Sila merujuk “2024 Taiwan Scholarship Application Guideline” (Lampiran 1) untuk garis panduan dan cara memohon Biasiswa MOE Taiwan.
- Tempoh Permohonan: 11 Januari 2024 sehingga 30 April 2024.
- Dana Biasiswa
-
- Yuran pengajian: NTD 40,000 setiap semester.
- Elaun sara hidup bulanan sebanyak NTD 15,000 untuk ijazah sarjana muda dan NTD 20,000 untuk ijazah sarjana atau doktor falsafah.
*Sesetengah universiti menawarkan diskaun yuran pengajian kepada penerima biasiswa Taiwan. Untuk ketahui butiran lanjut, sila rujuk senarai yang dilampirkan.
-
- Tempoh biasiswa:
Program Sarjana Muda: Maksimum 4 tahun.
Program Sarjana: Maksimum 2 tahun.
Program Kedoktoran: Maksimum 4 tahun.
*Jumlah tempoh penerimaan biasiswa tidak boleh melebihi 5 tahun.
4. Syarat Am: (Untuk Kelayakan pemohon yang lengkap, sila rujuk kepada Lampiran 1) Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya STPM, UEC, Diploma, A-Level, Matrikulasi atau mana-mana kelayakan akademik yang setaraf dengannya, dengan rekod akademik yang cemerlang, dan berakhlak mulia.
5. Cara Memohon
Permohonan dibuka secara dalam talian dari 11 Januari 2024 sehingga 30 April 2024. Sila memohon melalui https://taiwanscholarship.moe.gov.tw/Apply, pilih Konsulat Taiwan ‘Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia:Malaysia’ dan kewarganegaraan 「Malaysia」. Kemudian, pilih「Taiwan Scholarship」dan klik pada 「Add」untuk melengkapkan semua data permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan. Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon dikehendaki mencetak dan mengepos dokumen sokongan (hardcopy) kepada Taipei Economic and Cultural Office.
Alamat Surat-menyurat:
Education Division,
Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
(Taiwan Scholarship )
Level 7, Menara Yayasan Tun Razak,
200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2162-3228 / 03-2161-4439 ext 184 / 185
6. Dokumen Permohonan
- Borang pemohonan talian
- Satu salinan pasport pemohon.
- Salinan sijil akademik tertinggi dan transkrip akademik yang berkaitan.
- Salinan slip permohonan kemasukan kepada universiti/kolej di Taiwan untuk semester Falltahun 2024 (contohnya, salinan kiriman wang yuran permohonan, borang permohonan, dan notis atau e-mel daripada universiti/kolej yang mengakui penerimaan permohonan .)
- Salinan sijil kemampuan bahasa: Bagi permohonan program pengajian yang tidak diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, satu salinan keputusan ujian “Test of Chinese as a Foreign Language Test (TOCFL) sekurang-kurangnya Band B adalah wajib. Untuk maklumat tentang TOCFL di Malaysia, sila hubungi Bahagian Pendidikan TECO di talian 03-21623228 atau emel education@gmail.com.
Bagi pemohonan program ijazah yang diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, calon dikehendaki mengemukakan keputusan ujian TOEFL atau sijil kemahiran bahasa Inggeris lain atau diploma program Bahasa Inggeris yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Untuk mengetahui senarai program pengajian yang diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, sila semak “List of Universities/Colleges Providing Degree Programs Taught in English (for Taiwan Scholarship Recipients) 2024 academic year” yang dilampirkan di bawah.
- Dua Surat Rujukan yang telah ditandatangani dan dilekatkan dalam sampul surat.
- Affidavit / Terms of Agreement yang ditandatangani
- Dokumen sokongan yang diperlukan oleh Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (sekiranya ada).
*Perkara yang tidak dinyatakan di sini akan dikendalikan mengikut " Taiwan Scholarship Program Guidelines" yang dipaparkan di laman web Taiwan Scholarship And Huayu Enrichment Scholarship Office.
Lampiran 1: 2024 Taiwan Scholarship Program Guidelines
*Additional: National Chengchi University_(Updated on 2024.03.07)
*Additional: National Chengchi University_(Updated on 2024.03.07)